Sunday, 27 January 2013

dakwah cara nabi? macam mana?

dah lama x post benda baru....ni komen saya dalam blog kereta mayat di mana ramai sedang membincangkan cara terbaik untuk berdakwah....berikut adalah komen tersebut, harap menjadi pengajaran kepada anda semua..

-----BAIKLAH.....SEKARANG SAYA INGIN MEMBUAT RUMUSAN UNTUKSEMUA KOMEN2 YANG BETUL DIATAS DAN SALING TIDAK SETUJU SEDANGKAN ANDA SEBENARNYA CUBA SENARAIKAN CARA2 BERDAKWAH YANG BOLEH DIAMALKAN DI MALAYSIA INI............

1. saya menyokong sepenuhnya bahawa dakwah cara nabi Muhammad adalah cara yang terbaik....dan pasti berkesan sebanyak 99% kerana dakwah ini dilakukan secara terus kepada individu seperti seorang pakar psikiatri merawat pesakitnya.

pendakwah juga perlulah menjaga adab2 sebagai pendakwah seperti mana sebagai seorang tetamu berkunjung ke rumah kenalannya, kerana akhlak yang baik dapat membuka hati manusia untuk menerima kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

bagi saya en. Hamka menjalankan tugasnya di kwasan perumahannya dengan berdakwah dari rumah kerumah dan menyampaikan ilmu yang dia ada untuk dikongsi bersama melalui blognya(terbukti dengan begitu ramai follower) kerana beliau tidak mampu untuk mengetuk semua pintu rumah yang ada di malaysia ini.... jadi hamka telah menjalankan tugasnya...dan dia tidak menyuruh kita mengikutinya dan menyarankan kita merujuk kepada ustaz yang lebih pakar sebelum mengikuti nasihat daripada en.Hamka...so jgn marah sama en.Hamka....nasihat lebih baik...bukannya en. Hamka ni orang yang x suka dengar nasihat.

2. dakwah cara ceramah,blog,youtube,dan sebagainya adalah dakwah secara umum dan berfungsi sebagai cara untuk kita berkongsi ilmu dan informasi. cara ini tidak relevan untuk semua lapisan masyarakat tetapi tetap harus diteruskan untuk mengajak manusia sukakan majlis ilmu.... dan dengan cara ini kita dapat bersama2 berjamaah dan mengenali satu sama lain.... x jadi kera sumbang. pengisian adalah penting walaupun sedikit dan sebenarnya sedikit adalah lebih baik daripada banyak kerana lebih mudah difahami dan lebih mudah diamalkan....
contohnya tumpukan pada satu tajuk seperti solat atau satu2 ibadah dan xde terlampau banyak infrmasi dan terlampau banyak gelak ketawa...kerana ketawa adalah tidak baik jika berlebihan...'humor is good but not always'...-detective nie- jadi kita seharusnya mengutamakan dakwah secara pintu ke pintu supaya orang suka untuk mengikuti dakwah dan ceramah di masjid dan akhinya sama2 berdakwah sehingga dapat menarik lebih ramai lagi orang... 'dakwah ibarat mlm dan sistem piramid, bermula dari rumah kerumah dan dari individu ke individu yang lain dan kemudia ajak mereka ke majlis untuk mendengar ceramah..kemudian amalkan apa yang disampaikan dan sampaikan kepada orang lain secara rumah kerumah. dengan ini, semakin lama semakin ramai orang akan lebih memahaminya'-detective nie- 

3. dakwah secara nasyid dan buku, dakwah peingkat ketiga dimana hanya menyampaikan informasi secara direct tetapi disertakan dengan hiburan dan kadaangkala melalaikan, bagus tetapi kadar keberkesanan adalah rendah. harus diteruskan tetapi kurangkan elemen hiburan dan perlu beri lebih penekanan terhadap isi dakwah itu sendiri. 

kesimpulannya dakwah bermula dari rumah kerumah dan inividu ke individu yang lain dan tarik mereka kemajlis ilmu yang ada dan mereka sendiri akan mencari majlis tersebut. dakwah secara nasyid dan saluran hiburan adalah secara sampingan sebagai mesej dan informasi...seharunya penekanan harus diutamakan pada dakwah rumah ke rumah...supaya elemen ddakwah dapat diteruskan secara berkesan kerana manusia mudah lupa dan mudah lalai..dan suka mencari alasan bagi kealpaan mereka....-----------

kalau ada tidak puas hati, sudi2lah komen di post ini,,,saya sedia menjawabnya

No comments:

Post a Comment