pelik bebeno... kenapa la nak bergado dan kutuk mengutuk sesama sendiri. kita ni orang islam berketurunan melayu. digalakkan untuk menggunakan bahasa yang sopan dan beradab. ni pakai perkataan yang kurang baik sesama sendiri, pahala puasa pun kurang tau. dah tahu dari sisi agama ROKOK, JUDI, SHISHA DAN ARAK tu HARAM. lagi nak bergaduh ka. kita sedar benda tu haram. kita jauhi. jgn nak pertikai lagi. kerajaan malaysia kata shisha haram dari segi perundangan. kerana tidak melalui saluran yang betul. dan majlis fatwa kata haram. kerana memudaratkan kesihatan. begitu juga dengan rokok elektronik. majlis fatwa pun kata haram kerana membahayakan kesihatan lebih2 kalau pakai perisa yang tidak dijamin keselamatannya. dan kemasukannya kebanyakannya dari China dan Indonesia, tidak pasti kadar keselamatannya. maka haram dari segi undang2. Rokok biasa(DUNHILL,MALBORO, WINSTON DAN dsb) melalui cukai dan dibenarkan dijual di Malaysia kerana dimasukkan melalui saluran yang betul. tetapi majlis fatwa telah sepakat mengatakan rokok itu haram dan membahayakan kesihatan. malahan, hospital, NGO dan kerajaan sendiri berusaha untuk memberitahu keburukan rokok dengan menunjukkan kesan sampingannya. tapi rakyat Malaysia ni degil lagi suka nak tunjuk hebat kerana merokok. akhirnya membawa padah pada diri. kerajaan naikkan cukai rokok kerana mahu mengurangkan penggunaan rokok dalam kalangan rakyat malaysia. tapi rakyat malaysia degil kerana bagi mereka rokok ibarat darah daging mereka. nk berhenti susah. so sebab tu terus beli rokok. kalau tiada permintaan daripada rakyat malaysia sendiri. rokok xkan laku. tapi tahap kesedaran rakyat malaysia sendiri yang rendah. last2 salahkan kerajaan x haramkan rokok. sedangkan diorang yang minta. sama juga dengan ARAK. harga arak walaupun di kedai 7-eleven sangat mahal. yang murah maybe dapat diseludup secara rahsia. tapi rakyat malaysia ni tgk orang bukan islam minum arak ni macam seronok. so dia pun ikut sama. lepas tu khayal dan kacau orang sana sini. Cukai Arak adalah antara yang tertinggi. supaya orang islam fikir membazir jer kalau minum arak. tapi still x sedar juga. lagi2 yang kaya. sanggup keluar duit banyak semata-mata nak minum arak. dah tu, cakap kerajaan malaysia salah kerana ada kilang arak di Malaysia. tapi permintaan daripada rakyat malaysia sendiri tinggi. suka la syarikat arak tu buat kilang arak. jgn salahkan orang lain kalau sesuatu berlaku. kerana rakyat Malaysia sendiri yang sukakan kemudaratan. maka permintaan untuk perkara ini masih tinggi. patutnya bersyukur kerajaan haramkan shisha. supaya benda seperti ini dapat dikurangkan sedikit demi sedikit. walaupun silap kerajaan sendiri yang memulakan semua ini. tapi bukannya kita x boleh ubah benda macam ni. ni yang xde kena mengena dengan hal ni asyik nak kutuk sama sendiri. tapi x pernah nak pikir penyelesaian bagi masalah sendiri. selagi orang melayu di hantui perasaan hasad dengki dan sifat perkauman. selagi tu bangsa melayu xkan naik. kita patut banteras benda ni dari peringkat masyarakat lagi. jgn kata nk laksanakan hukum hudud jika anda sendiri x sanggup nak mengaku kesalahan sendiri. dan x berusaha nak mengubah sikap sendiri. saya x sokong kerajaan kerana bagi saya kerajaan sekarang tidak stabil dan kurang penegasan. tapi saya juga x sokong sikap sesetengah manusia yang suka merendah rendahkan orang lain dan tidak berusaha untuk menghormati pandangan orang lain. belajar menghormati dan bertindak bijak dalam menyelesaikan masalah. bukannya menuduh dan mengutuk antara satu sama lain. dan saya pasti ada yang tidak berpuas hati dengan penyataan saya. tapi saya yakin dengan pegangan saya. kerana saya x sokong mana2 pihak. saya cuba sampaikan apa yang benar bagi diri saya.
No comments:
Post a Comment