Friday, 18 April 2014

NOTA PASAL ANTI HADIS

hurmmm..

ader beberapa percanggahan yang ada dalam beberapa komen di atas..

menurut pandangan hamba yang biasa ini:

1. dalam Khutbah yang terakhir, telah nabi nyatakan untuk merujuk Alquran dan sunnahnya( hadis yang benar dari nabi, yakni yang sahih). so perlu rujuk kedua Alquran dan Hadis...

2. Alquran banyak membincangkan hukum, so daripada Alquran kita boleh tahu sesuatu hukum, dan Hadis digunakan untuk mentafsir Alquran .. kerana Alquran x boleh ditafsir melalui akal semata.. jadi Alquran boleh dikatakan sebagai rujukan utama dan Hadis sebagai rujukan kedua..

3. Alquran hanya menyatakan sesuatu secara terang atau secara tidak langsung, tapi Hadis merupakan satu rujukan yang hadir daripada Nabi Muhammad yang mana Allah memberikan ilham tersebut kepada Nabi melalui pelbagai medium. oleh itu, boleh dikatakan Alquran dan Hadis adalah Dari Allah. dan Hadis boleh dikatakan interpretasi Nabi muhammmad ntuk Alquran dan situasi2 yang berlaku ketika itu dan ilhamnya daripada Allah swt.

4. Jika Hadis tidak boleh dipakai kerana ia berasal daripada Nafsu Nabi Muhammad, maka Alquran jika tidak boleh dipakai kerana Sahabat tidak nampak bagaimana Nabi menerima Alquran.. tetapi Nabi muhammad telah meletakkan garis panduan Alquran sendiri untuk membezakan dengan Hadis dan ti lakukan oleh sahabat untuk pembukuan Alquran supaya jelas perbezaan ALquran dan Hadis. Hadis pula adalah ucapan perbuatan Nabi Muhammad yang disaksikan oleh Sahabat bagi situasi yang berlaku.  jadi, Alquran dan Hadis sama2 benar

5. Ulama-ulama terdahulu berusaha untuk mengasingkan hadis mengikut kategori supaya dapat dipastikan nasab hadis dan dapat dipastikan kesahihan sesuatu Hadis.. malahan, kebanyakan ulama mendapat hadis directly daripada sahabat yang diyakini kesahihannya.. penelitian yang detail dan tegas telah dilakukan untuk memastikan hadis tersebut sahih. walaupun terdapat hadis yang daif dan tidak pasti nasabnya, ia boleh dijadikan rujukan selagi mana bukan sebagai amalan yang wajib yang melampaui hukum dalam Alquran dan tidak melampaui syarak yang ditetapkan.. jika bercanggahan, maka haram diikuti dan boleh dijatuhkan hukum kafir dan musyrik.

6. setiap orang mempunyai interpritasi yang berbeza dengan Alquran dan Hadis, maka di situ sepatutnya wujud majlis syura atau pun boleh dikatakan majlis yang menghimpunkan ulama2 yang alim untuk perdebatan, bagi menyeragamkan sesuatu pentafsiran bagi sesebuah hadis atau potongan ayat Alquran. agar seragam dengan situasi masa kini(contohnya:cara berhadas, tayammum). jika masih tidak mencapai persetujuan, selalunya sesuatu perkara menjadi syubhah atau sah bergantung pada mazhab, kerana perbezaan mazhab adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan keperluan setempat.


Sekian ulasan daripada saya, harap maaf jika tidak terang dan tidak sehaluan dengan pemikiran saudara, kerana saya berbicara atas pemikiran logik seorang manusia biasa tetapi berfikir dari sudut yang positif, bukannnya menurut nafsu semata.. semoga kesilapan ditegur dengan cara yang baik. jika maki hamun, maka terbuktilah kebenaranku, kerana Nabi Muhammad dimaki hamun kerana mennyampaikan kebenaran.

ps:. setuju dengan hamka, sesuatu perkara perlulah dikaji bukan dikeji