Sunday 25 May 2014

Quote of the day

-belajarlah untuk belajar kerana cintamu pada ilmu Allah, bukannya belajar kerana kamu mencintai dunia yang fana-

-hari yang runsing selalunya memikirkan perkara yang sia-sia, hati yang tenang kerana selalu memikirkan betapa rindunya pada iman-

-hidup yang bermakna apabila kau berjalan di jalan Allah, selagi kau mengikuti jalan ini, selagi itu kemanisan iman dapat kau rasai, dan selagi itu kau mendapat keredhaannya-

-tidur yang tenang adalah bila kau selesaikan ibadah yang wajib bagimu, tidur yang resah pabila kau teringatkan dosa2 mu yang kau masih belum tebusi-

-usaha yang baik adalah dengan hati yang ikhlas dan tangan yang halal, usaha yang buruk adalah dengan hati yang hasad dan tangan yang mencemari- 

Bidaah. kontroversi dan implikasi

kesilapan sesuatu berlaku akibat menggunakan perasaan sebagai wacana dalam menghukum sesuatu perkara.. sesuatu perkara yang syubhah(tidak yakin akan dalilnya) seharusnya diperbincangkan dari sudut hukmah dan keperluan.. kerana dalam membincangkan perkara seperti ini, perlu kajian dan perbandingan untuk pelbagai perkara, situasi, environment dan juga keperluan semasa. selagi tidak bercanggah dengan hukum syara' sesuatu perkara adalah harus hukumnya. tetapi jika telah difatwakan hara bagi jumhur ulama, yakni mendapat persetujuaan seluruh ulama, maka hukum haram boleh dijatuhkan selagi tidak menentang syara' dan sesuai bagi situasi masa kini.. dalam perkara bidaah, terbahagi kepada bidaah hasanah dan sayyiah, hukum bidaah harus bagi hasanah dan makruh jika berlebihan, dan sayyiah pula haram kerana lari dari syariat.

bidaah selalunya diperbesarkan kerana selalu terjadi apabila sesuatu kaum mengutamakan bidaah daripada ibadah asal dan menjatuhkan hukum bidaah kepada sunnah, sedangkan bidaah tidak diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. selalunya terjadi bidaah kerana ikutan daripada ulama2 yang mereka hormati dan mereka melakukan bidaah ini mendahului perkara yang utama dalam syara. bidaah dapat dikenalpasti dengan cara kelakukannya dan selalunya bersifat agresif dan pasif, yang mana selalunya dilakukan secara berlebih-lebihan. antara implikasi bidaah adalah dapat memecahbelahkan ummah kerana mewujudkan perbezaan fahaman yang nyata(tidak seperti perbezaan mazhab yang mana hanya menyentuh pada perkara yang kecil dan mengikut keadaan geografi setempat), dan selalunya diagung-agungkan sedangkan mereka mengambil kesempatan atas perkara bidaah ini untuk kepentingan sendiri

perkara bidaah ini adalah salah di sisi kebanyakan ulama dan hanya segelintir yang mengatakan harus hanya pada bidaah yang membawa kebaikan sahaja. dan bidaah ini seharusnya tidak boleh mendahului ibadah yang wajib dan sunnah kerana dikhuatiri akan merosakkan pemikiran mereka yang kurang arif dalam hal ini, dan menyebabkan perpecahan dalam hal ibadah yang sepatutnya tiada konflik. oleh itu, perkara bidaah seharusnya dipandang dari sudut keperluan dan implikasi kepada generasi akan datang, jika bidaah itu tidak memberi kebaikan, maka wajib dijauhi dan dihapuskan.

-detective nie-

Sunday 11 May 2014

MAHUKAN PENDAPATAN ATAS 1.5k SEBULAN?.. INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA, TAPI TIPS2 YANG SANGAT BERGUNA

mai sini aq senaraikan kerja2 yang boleh memberi gaji bulanan mencecah 1.5K sebulan
1. rider utk fast food(makan free+elaun extra+duit tips customer+duit minyak dan lain2 lagi)
2.berniaga di tepi jalan,(jual nasi lemak/buah2/air/dll-sangat kurang anak muda nak try cara ni pasal malu)
3.berniaga dipasar malam, asalkan ader kereta dah cukup sbgi transport(makanan adalah cara yang paling cepat, jual stokin sebagai starter adalah cara paling selamat and still dapat dijadikan sebagai part time work)
4.bercucuk tanam kecil2lan, cuz harga barang makanan sangatlah tinggi, so untung pasti banyak..and still boleh dijadikan pendapatan sambilan cuz boleh dibuat pada masa lapang(ditujukan pada budak kampung yang x tau nk buat aper2)
5.memancing, walaupun sukar, tapi dengan teknologi masa kini sbagai sumber ilmu, x ssh nak jadikan memancing sebagai pendapatan, harga ikan sangat tinggi dan anda x perlu modal banyak setiap kali mancing(still boleh djadikan pendapatan sampingan)
6.blogger/ online bisnes/website maker/dll yang menggunakan internet sebagai sumber pemasaran,(modal sangat kecil tapi peluang untuk berjaya sangat tinggi jika rajin belajar dan kreatif.
7.buat street show di kawasan yang padat,(band, personal,menyamar jadi patung,badut, dan jual hasil kreatif sprti yang ada di pasar seni dan bukit bintang, sgt bagus sebagai pendapatan sambilan dan mencari peluang yang ada)
8. belajar untuk membaiki barangan elektrik dan elektronik, cuz x ramai anak melayu bukak bisnes ni, lagi2 pasaran barangan elektronik banyak dimonopoli oleh golongan cina, india dan pakistan.
9. belajar ilmu pertukangan, cuz sekarang kalau nak buat rumah boleh untuk lebih 1/4 daripada harga pembuatan rumah tersebut, and still x payah keluar modal banyak jika anda ada alatan yang diperlukan(orang melayu senang nak buat bantuan untuk barang2 perkakas daripada pelbagai agensi, asalkan anda berusaha bersungguh-sungguh dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, dengar citer pasang tile rumah boleh untung sampai 1-4 k bergantung pada hasil dan time taken)
10. kerja dengan agensi safeguard/security/especially bagi security utk universiti, ayah saya pengawai keselamatan universiti malaya, gaji bulanan mampu memcecah 1.5k berkar OT dan elaun kedatangan yang baik, dan lebih 2K semasa menjadi ketua pengawal keselamatan siap boleh buat loan 100K utk buat rumah kat kG. dan still dapat buat part time bawak teksi average 30-100 per day income(belum tolak bayar teksi dan duit gas, but still banyak for self consumption)

So. kerjalah dengan bersungguh2 dalam apa jua bidang yang anda ceburi, dan tunjukkan peningkatan prestasi dalam melakukan pekerjaan, jangan curi tulang dan asyik ponteng kerja, cuz perbuatan sebegini selalunya memakan diri. rezeki yang berkat adalah rezeki yang berasal dari usaha sendiri, dan halal dari segi barangnya dan perbuatannya.

PS: aku x tau la kalau anak muda sekarang ni still nak komplen xde keje, sedangkan aku baru senaraikan 10 kerja yang aku tau, yang aku x tau, entah2 banyak lagi. yang ni pun kerja yang sangat senang cuz bagi yang x sambung belajar, anda xde pressure nak buat assignment yang bertimbun.. so boleh lah buat 2 kerja dalam satu masa, the best, satu kerja tetap dan satu kerja yang anda boleh buat dalam leissure time.. a.k.a bila mampu..

x susah kalau nk susah, x senang kalau nk senang, tapi susah kalau dah susah, dan senang kalau dah senang..