Tuesday, 29 January 2013

Alahai FaceBookku

dalam facebook kita boleh dapat banyak benda free, contohnya

chatting, 
kawan baru,
group and sharing info,
gambar2 menarik,
maklumat orang lain,
dan banyak lagi sehingga kita boleh mendapat pendapatan daripadanya...
tapi......

adakah anda sedar,
dua lagi benda free yang anda boleh dapat dalam kuantiti yang teramat banyak,

DOSA,

kenapa? cuba kira berapa kali anda melihat aurat dalam facebook kawan2 anda,
dan cuba kira kerapa kali kita kutuk orang lain,
dan cuba kira berapa kali kita tayang aurat kita....
dan berapa kali kita buat orang benci dengan kita,
x cukup lagi, berapa kali kitg menyebabkan orang a ignore azan masa main facebook,
dan berapa kali mak kita marah pasal kita main facebook,
dan, pernahkah kita terlupa sesuatu yang menyebaban kita melukakan orang lain

PAHALA,

KENAPA,berapa kali kita memberi nasihat dalam facebook?
berapa kali kita terbaca ayat alquran yang disharekan oleh kwn kwn kita difacebook,
berapabanyak kita berdakwah dalam facebook,
berapa kali kita mendoakan sseorang semasa kita baca status seseorang,
nak lagi, berapa kali kita bersyukur setelah kita membaca perkara yang baik dan buruk yang berlaku di dunia luar sana.
dan beristighfar kalau ada perkara tidak baik brlaku,
serta berapa kali kita membuatkan seseorang gembira kerana ia perkara yang baik

jadi selamat berama dan selamat pagi

Sunday, 27 January 2013

Hantu dalam masyakat orang melayu

Bismillahirahmanirahim....
kes pendefinisian hantu....
hantu hanyalah mainan ilusi org melayu di nusantara...
tapi jin dan syaitan adalah wujud tetapi tidak boleh memberi sebarang mudarat kepada kita...
orang melayu terdahulu menggunakan istilah melayu untuk memberi pengajaran kepada generasi seterusnya tentang adab serta pengajaran yang baik kepada mereka supaya mereka tidak melakukan kesilapan seperti yang pernah mereka lakukan...
hal ini bermakna...hantu merupaka suatu mitos melayu sahaja seperti kisah mitos2 yang lain.
dalam konsep ditindih hantu....
hal ini tidak mungkin berlaku kerana hantu hanyalah mitos
jin dan syaitan tidak boleh memberi mudarat kepada manusia kerana berbeza alam...
dan segala yang berlaku didunia ini adalah disebabkan oleh ketentuan Allah swt...
perkara yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam Alam Semesta ang dijadikan oleh Nya....
sesungguhnya kepercayaan tentang hantu dapat memberi mudarat kepada manusia adalah khurafat serta boleh membawa kepada syirik....
sesungguhnya Allahswt membuat sesuatu seperti itu adalah untuk menguji hambanya sama ada hambaNya percaya akan perkara tahyul ataupun percaya dengan kekuasaan ZatNya...kekuasaan Allah swt yang meliputi seluruh kejadian di bumi dan dilangit..
disebabkan itulah ramai manusia terbatal imannya dan zaman ini ramai manusia sukar untuk menerima pandangan ulama serta orang2 yang mengkaji agama dari sudut saintifik kerana pemikiran mereka masih lagi dihantui oleh Hantu2 yang sebenarnya dicipta oleh manusia yang asal nya cuba untuk memberi nasihat sahaja....
kadangkala ada sesuatu perkara yang terjadi pada manusia tidak boleh dijelaskan oleh ilmu sains tetapi bukan bermakna kepercayaan tahyul boleh menyelesaikannya....
kita perlu sedar perkara ini semakin menular dalam kalangan masyarakat melayu yang masih lagi berpegang pada adat istiadat terdahulu serta amalan pembomohan....
kalau seseorang bomoh itu sungguh hebat...kenapa penyakit hiv Aids masih lagi belum diselesaikan.
kenapa orang miskin masih lagi ramai.
kenapa bomoh tersebut tidak boleh memakai Mercedes Benz atau Ferarri
sedangkan bomoh tersebut dikatakan mampu mebuat seseorang itu kaya.
pandanglah sesuatu dari dua sudut...
Alquran dan Assunnah
dan sains merupakan cabang daripada perkara tersebut...jangan lah memperlekehkan kajian sains kerana sains sentiasa berkembang untuk kebaikan manusia...bukan seperti kepercayaan tahyul yang sentiasa menyempitkan pemikiran kita.....fikirkanlah wahai umat Muhammad.....adakah apa yang anda amalkan itu Sunnah Para Nabi, amalan para sahabat, serta pandangan para tabiin dan ulama sahih. atau pun perkara yang anda pegang itu adalah amalan jahiliah yang sentiasa memberi mudarat kepada diri anda...
waallau alam

dakwah cara nabi? macam mana?

dah lama x post benda baru....ni komen saya dalam blog kereta mayat di mana ramai sedang membincangkan cara terbaik untuk berdakwah....berikut adalah komen tersebut, harap menjadi pengajaran kepada anda semua..

-----BAIKLAH.....SEKARANG SAYA INGIN MEMBUAT RUMUSAN UNTUKSEMUA KOMEN2 YANG BETUL DIATAS DAN SALING TIDAK SETUJU SEDANGKAN ANDA SEBENARNYA CUBA SENARAIKAN CARA2 BERDAKWAH YANG BOLEH DIAMALKAN DI MALAYSIA INI............

1. saya menyokong sepenuhnya bahawa dakwah cara nabi Muhammad adalah cara yang terbaik....dan pasti berkesan sebanyak 99% kerana dakwah ini dilakukan secara terus kepada individu seperti seorang pakar psikiatri merawat pesakitnya.

pendakwah juga perlulah menjaga adab2 sebagai pendakwah seperti mana sebagai seorang tetamu berkunjung ke rumah kenalannya, kerana akhlak yang baik dapat membuka hati manusia untuk menerima kebaikan dan menjauhi kemungkaran.

bagi saya en. Hamka menjalankan tugasnya di kwasan perumahannya dengan berdakwah dari rumah kerumah dan menyampaikan ilmu yang dia ada untuk dikongsi bersama melalui blognya(terbukti dengan begitu ramai follower) kerana beliau tidak mampu untuk mengetuk semua pintu rumah yang ada di malaysia ini.... jadi hamka telah menjalankan tugasnya...dan dia tidak menyuruh kita mengikutinya dan menyarankan kita merujuk kepada ustaz yang lebih pakar sebelum mengikuti nasihat daripada en.Hamka...so jgn marah sama en.Hamka....nasihat lebih baik...bukannya en. Hamka ni orang yang x suka dengar nasihat.

2. dakwah cara ceramah,blog,youtube,dan sebagainya adalah dakwah secara umum dan berfungsi sebagai cara untuk kita berkongsi ilmu dan informasi. cara ini tidak relevan untuk semua lapisan masyarakat tetapi tetap harus diteruskan untuk mengajak manusia sukakan majlis ilmu.... dan dengan cara ini kita dapat bersama2 berjamaah dan mengenali satu sama lain.... x jadi kera sumbang. pengisian adalah penting walaupun sedikit dan sebenarnya sedikit adalah lebih baik daripada banyak kerana lebih mudah difahami dan lebih mudah diamalkan....
contohnya tumpukan pada satu tajuk seperti solat atau satu2 ibadah dan xde terlampau banyak infrmasi dan terlampau banyak gelak ketawa...kerana ketawa adalah tidak baik jika berlebihan...'humor is good but not always'...-detective nie- jadi kita seharusnya mengutamakan dakwah secara pintu ke pintu supaya orang suka untuk mengikuti dakwah dan ceramah di masjid dan akhinya sama2 berdakwah sehingga dapat menarik lebih ramai lagi orang... 'dakwah ibarat mlm dan sistem piramid, bermula dari rumah kerumah dan dari individu ke individu yang lain dan kemudia ajak mereka ke majlis untuk mendengar ceramah..kemudian amalkan apa yang disampaikan dan sampaikan kepada orang lain secara rumah kerumah. dengan ini, semakin lama semakin ramai orang akan lebih memahaminya'-detective nie- 

3. dakwah secara nasyid dan buku, dakwah peingkat ketiga dimana hanya menyampaikan informasi secara direct tetapi disertakan dengan hiburan dan kadaangkala melalaikan, bagus tetapi kadar keberkesanan adalah rendah. harus diteruskan tetapi kurangkan elemen hiburan dan perlu beri lebih penekanan terhadap isi dakwah itu sendiri. 

kesimpulannya dakwah bermula dari rumah kerumah dan inividu ke individu yang lain dan tarik mereka kemajlis ilmu yang ada dan mereka sendiri akan mencari majlis tersebut. dakwah secara nasyid dan saluran hiburan adalah secara sampingan sebagai mesej dan informasi...seharunya penekanan harus diutamakan pada dakwah rumah ke rumah...supaya elemen ddakwah dapat diteruskan secara berkesan kerana manusia mudah lupa dan mudah lalai..dan suka mencari alasan bagi kealpaan mereka....-----------

kalau ada tidak puas hati, sudi2lah komen di post ini,,,saya sedia menjawabnya