Sunday, 27 January 2013

Hantu dalam masyakat orang melayu

Bismillahirahmanirahim....
kes pendefinisian hantu....
hantu hanyalah mainan ilusi org melayu di nusantara...
tapi jin dan syaitan adalah wujud tetapi tidak boleh memberi sebarang mudarat kepada kita...
orang melayu terdahulu menggunakan istilah melayu untuk memberi pengajaran kepada generasi seterusnya tentang adab serta pengajaran yang baik kepada mereka supaya mereka tidak melakukan kesilapan seperti yang pernah mereka lakukan...
hal ini bermakna...hantu merupaka suatu mitos melayu sahaja seperti kisah mitos2 yang lain.
dalam konsep ditindih hantu....
hal ini tidak mungkin berlaku kerana hantu hanyalah mitos
jin dan syaitan tidak boleh memberi mudarat kepada manusia kerana berbeza alam...
dan segala yang berlaku didunia ini adalah disebabkan oleh ketentuan Allah swt...
perkara yang telah ditetapkan oleh Allah swt dalam Alam Semesta ang dijadikan oleh Nya....
sesungguhnya kepercayaan tentang hantu dapat memberi mudarat kepada manusia adalah khurafat serta boleh membawa kepada syirik....
sesungguhnya Allahswt membuat sesuatu seperti itu adalah untuk menguji hambanya sama ada hambaNya percaya akan perkara tahyul ataupun percaya dengan kekuasaan ZatNya...kekuasaan Allah swt yang meliputi seluruh kejadian di bumi dan dilangit..
disebabkan itulah ramai manusia terbatal imannya dan zaman ini ramai manusia sukar untuk menerima pandangan ulama serta orang2 yang mengkaji agama dari sudut saintifik kerana pemikiran mereka masih lagi dihantui oleh Hantu2 yang sebenarnya dicipta oleh manusia yang asal nya cuba untuk memberi nasihat sahaja....
kadangkala ada sesuatu perkara yang terjadi pada manusia tidak boleh dijelaskan oleh ilmu sains tetapi bukan bermakna kepercayaan tahyul boleh menyelesaikannya....
kita perlu sedar perkara ini semakin menular dalam kalangan masyarakat melayu yang masih lagi berpegang pada adat istiadat terdahulu serta amalan pembomohan....
kalau seseorang bomoh itu sungguh hebat...kenapa penyakit hiv Aids masih lagi belum diselesaikan.
kenapa orang miskin masih lagi ramai.
kenapa bomoh tersebut tidak boleh memakai Mercedes Benz atau Ferarri
sedangkan bomoh tersebut dikatakan mampu mebuat seseorang itu kaya.
pandanglah sesuatu dari dua sudut...
Alquran dan Assunnah
dan sains merupakan cabang daripada perkara tersebut...jangan lah memperlekehkan kajian sains kerana sains sentiasa berkembang untuk kebaikan manusia...bukan seperti kepercayaan tahyul yang sentiasa menyempitkan pemikiran kita.....fikirkanlah wahai umat Muhammad.....adakah apa yang anda amalkan itu Sunnah Para Nabi, amalan para sahabat, serta pandangan para tabiin dan ulama sahih. atau pun perkara yang anda pegang itu adalah amalan jahiliah yang sentiasa memberi mudarat kepada diri anda...
waallau alam

No comments:

Post a Comment