sekian lama aku berfikir, mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku perkatakan...
mungkin jika aku terlewat, takut tiada yang akan berusaha untuk melunaskan hasrat hati aku ini..
Nota ini adalah nota untuk aku, supaya aku tetap ingat akan diriku, agar aku bersedia untuk melunaskannya.. di saat aku mampu, dan jika aku tidak mampu, maka sekurang kurangnya ada orang lain yg membacanya mampu untuk melakukannya.. kerana perkara ini amat amat sulit dan sukar, serta perlu pengorbanan yang besar, lebih besar daripada perkara yang biasa manusia lakukan saban hari, dan mampu mengubah kehidupan sesiapa yang berjaya mengamalkannya..Operasi ini dinamakan Silencer Operation.
kenapa Silencer? kerana operasi ini dilakukan dalam senyap, berpanduan ketat, dan berahsia. Malahan, mampu menyenyapkan sesiapa yang membacanya. Operasi ini terkandung beberapa Sub-operation dan beberapa counter mekanisma. serta terdapat beberapa peraturan ketat yang perlu di ikut dan perlu perhatikan dengan serius kerana operasi ini mampu musnah sekiranya peraturan ini tidak diikuti.. langkah-langkah operasi ini juga berjalan dalam tempoh yang panjang serta memakan masa bertahun selagi misi utama tidak tercapai, malahan memerlukan kos tinggi bagi menampung segala keperluan bagi operasi-operasi yang ada. Jadi, bagi diriku pada masa hadapan dan mereka yang sanggup menjalankan operasi ini. Berhati-hati dalam perkara ini, kerana musuh sentiasa memerhati. operasi ini juga dijalankan secara berperingkat kerana memerlukan pengaruh yang kuat serta dana yang tinggi secara berterusan bagi memastikan operasi ini berjalan dengan lancar. Di dalam nota ini akan diselitkan perkataan bahasa inggeris bagi memudahkan pemahaman dan bagi memudahkan penyampaian maklumat.
No comments:
Post a Comment