kadang kala kita lupa bahawa Rasullullah x pernah mengajar kita untuk membalas kutukan yang diterimanya dengan kutukan
antara sebabnya adalah mengutuk/membalas semula menjatuhkan diri kita sama taraf dengan orang yang mengutuk kita, menyebabkan pahala kita berkurangan kerana menyebut perkara yang sia sia, serta mengibaratkan diri kita tiada perubahan daripada orang jahiliah sedangkan kita di besarkan dengan cara islam..
untuk orang yang merasakan pemimpin dia oang yang benar, maka kutukan ke atas pemimpinnya x akan memberi kesan kepada dirinya kerana Nabi Muhammad saw pernah dibaling najis, dihalau dan dilontar batu, tapi baginda hanya membalas dengan doa agar dikurniakan hidayah ke atas mereka, serta dielakkan dari bala oleh Allah swt walaupun Jibril as pernah memberi cadangan ini kepada baginda.
Kes Alvin Tan yang menghina orang islam.. sesungguhnya orang yang mencelanya menjatuhkan dirinya sama taraf dengan Alvin Tan. sesungguhnya Rasullullah tidak perlukan perlindungan kita daripada celaan celaan di dunia ini, kerana Allah swt sendiri akan melindunginya, dan Islam juga tidak perlukan perlindungan ummatnya kerana janji Allah swt bahawa Islam dan Alquran akan selamat hingga ke hari qiamat, yang perlu dilakukan oleh ummat islam kini hanyalah mengamalkan Sunnah yang Rasulullah ajar kepada kita (sunnah Rasullullah sangat banyak, sila rujuk pakar) malahan, apa yang perlu kita lakukan sebenarnya adalah menyampaikan dakwah serta membela saudara seagama, bukan sebangsa, Bangsa hanyalah satu perbezaan adat sesama manusia, tetapi yang dipandang Allah swt adalah ibadah dan taqwanya
ambil kisah kerajaan Melaka dan kerajaan Johor dahulu, kukuhnya mereka bukan sahaja kerana kegiatan perdagangan yang menguasai timur dan barat, tetapi sebenarnya pegangan mereka pada agama, bukan bangsa, kerana bagi pahlawan terdahulu seperti Tuk janggut, Hang Nadim Nadim, perjuangan mereka adalah pada dasar agama, bukannya bangsa, seperti yang berlaku pada zaman kerajaan islam terdahulu, mereka menegakkan agama daripada bangsa, tapi zaman kejatuhan mereka kerana terlalu mengutamakan bangsa sehingga mengabaikan agama.
kepada seluruh manusia yang bergelar melayu, utamakanlah agamamu daripada bangsamu, kerana jika kau mengutamakan bangsamu dari agamamu, maka huru haralah kehidupanmu. ingat, agamamu menjamin kehidupanmu dunia dan akhirat, bangsamu akan luput selagi mana prioriti berdasarkan bangsa masih diamalkan.
kadang kala kita x sedar bahawa bangsa melayu hanyalah minoriti di dalam dunia ini sperti mana kaum kaum asli di seluruh dunia, tetapi jika kita mengutamakan agama, maka kita adalah antara majoriti dunia yang sepatutnya mampu memelihara saudara seagama.
hentikanlah prioriti bangsa, sebaliknya tegakkan semula syiar islam.
No comments:
Post a Comment