Thursday, 30 January 2014

lorong lorong yang kesilapan

hidup ini penuh dengan kepelbagaian, komplikasi dan implikasi sering menjadikan hidup kita tidak pernah leka dengan kebosanan. dan jika timbulnya kebosanan, maka dia hanya berada di tempat yang sama dan kedudukan yang sama, yakni tiada berbeda dari dahulunya hingga kini, maka mencari sesuatu yang baharu tetapi tiada petunjuk, lalu dilemparkan dirinya ke jalan yang tidak ketahui hujung pangkal, selalunya tersesat dan tersalah pilih lorong ketika mencari destinasi. lantas, akhirnya terjerat dengan kejahilan sendiri. seharusnya diperkukuhi hati dan nalurinya, dalam mencari pentunjuk dan arah, agar tidak terpesong olehnya dari durjana durjana yang malang lagi merbahaya. lalu terselamatlah dia dari bahana, dan tercapailah olehnya kejayaan yang tidak disangkanya. maka jika terpesong hatinya dek keindahan yang palsu, maka terjatuhlah dia ke lembah hina, tiada jalan melainkan melangkah ke belakang, mencari kembali persimpang yang silap itu, yang mana amatlah sukar dicari, kerana sesungguhnya kita suka mencari kesilapan diri, dan jika ketemuan, amatlah sukar untuk memilih lorong yang benar, kerana tali tali kesilapan kuat mengikat diri, menjadi beban yang teramatlah berat sehingga menyukarkannya melalui lorong yang asalnya lapang, menjadi sempit kerana dipenuhi masalah masalah yang lama. sekiranya beruntungan, maka dapatlah dia melepaskan tali itu satu persatu, jika tidak, maka kekallah bebannya ditanggungnya hingga ke destinasi terakhirnya

-detective nie-

No comments:

Post a Comment