Sunday, 25 May 2014

Bidaah. kontroversi dan implikasi

kesilapan sesuatu berlaku akibat menggunakan perasaan sebagai wacana dalam menghukum sesuatu perkara.. sesuatu perkara yang syubhah(tidak yakin akan dalilnya) seharusnya diperbincangkan dari sudut hukmah dan keperluan.. kerana dalam membincangkan perkara seperti ini, perlu kajian dan perbandingan untuk pelbagai perkara, situasi, environment dan juga keperluan semasa. selagi tidak bercanggah dengan hukum syara' sesuatu perkara adalah harus hukumnya. tetapi jika telah difatwakan hara bagi jumhur ulama, yakni mendapat persetujuaan seluruh ulama, maka hukum haram boleh dijatuhkan selagi tidak menentang syara' dan sesuai bagi situasi masa kini.. dalam perkara bidaah, terbahagi kepada bidaah hasanah dan sayyiah, hukum bidaah harus bagi hasanah dan makruh jika berlebihan, dan sayyiah pula haram kerana lari dari syariat.

bidaah selalunya diperbesarkan kerana selalu terjadi apabila sesuatu kaum mengutamakan bidaah daripada ibadah asal dan menjatuhkan hukum bidaah kepada sunnah, sedangkan bidaah tidak diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. selalunya terjadi bidaah kerana ikutan daripada ulama2 yang mereka hormati dan mereka melakukan bidaah ini mendahului perkara yang utama dalam syara. bidaah dapat dikenalpasti dengan cara kelakukannya dan selalunya bersifat agresif dan pasif, yang mana selalunya dilakukan secara berlebih-lebihan. antara implikasi bidaah adalah dapat memecahbelahkan ummah kerana mewujudkan perbezaan fahaman yang nyata(tidak seperti perbezaan mazhab yang mana hanya menyentuh pada perkara yang kecil dan mengikut keadaan geografi setempat), dan selalunya diagung-agungkan sedangkan mereka mengambil kesempatan atas perkara bidaah ini untuk kepentingan sendiri

perkara bidaah ini adalah salah di sisi kebanyakan ulama dan hanya segelintir yang mengatakan harus hanya pada bidaah yang membawa kebaikan sahaja. dan bidaah ini seharusnya tidak boleh mendahului ibadah yang wajib dan sunnah kerana dikhuatiri akan merosakkan pemikiran mereka yang kurang arif dalam hal ini, dan menyebabkan perpecahan dalam hal ibadah yang sepatutnya tiada konflik. oleh itu, perkara bidaah seharusnya dipandang dari sudut keperluan dan implikasi kepada generasi akan datang, jika bidaah itu tidak memberi kebaikan, maka wajib dijauhi dan dihapuskan.

-detective nie-

No comments:

Post a Comment