Sunday, 11 May 2014

MAHUKAN PENDAPATAN ATAS 1.5k SEBULAN?.. INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA, TAPI TIPS2 YANG SANGAT BERGUNA

mai sini aq senaraikan kerja2 yang boleh memberi gaji bulanan mencecah 1.5K sebulan
1. rider utk fast food(makan free+elaun extra+duit tips customer+duit minyak dan lain2 lagi)
2.berniaga di tepi jalan,(jual nasi lemak/buah2/air/dll-sangat kurang anak muda nak try cara ni pasal malu)
3.berniaga dipasar malam, asalkan ader kereta dah cukup sbgi transport(makanan adalah cara yang paling cepat, jual stokin sebagai starter adalah cara paling selamat and still dapat dijadikan sebagai part time work)
4.bercucuk tanam kecil2lan, cuz harga barang makanan sangatlah tinggi, so untung pasti banyak..and still boleh dijadikan pendapatan sambilan cuz boleh dibuat pada masa lapang(ditujukan pada budak kampung yang x tau nk buat aper2)
5.memancing, walaupun sukar, tapi dengan teknologi masa kini sbagai sumber ilmu, x ssh nak jadikan memancing sebagai pendapatan, harga ikan sangat tinggi dan anda x perlu modal banyak setiap kali mancing(still boleh djadikan pendapatan sampingan)
6.blogger/ online bisnes/website maker/dll yang menggunakan internet sebagai sumber pemasaran,(modal sangat kecil tapi peluang untuk berjaya sangat tinggi jika rajin belajar dan kreatif.
7.buat street show di kawasan yang padat,(band, personal,menyamar jadi patung,badut, dan jual hasil kreatif sprti yang ada di pasar seni dan bukit bintang, sgt bagus sebagai pendapatan sambilan dan mencari peluang yang ada)
8. belajar untuk membaiki barangan elektrik dan elektronik, cuz x ramai anak melayu bukak bisnes ni, lagi2 pasaran barangan elektronik banyak dimonopoli oleh golongan cina, india dan pakistan.
9. belajar ilmu pertukangan, cuz sekarang kalau nak buat rumah boleh untuk lebih 1/4 daripada harga pembuatan rumah tersebut, and still x payah keluar modal banyak jika anda ada alatan yang diperlukan(orang melayu senang nak buat bantuan untuk barang2 perkakas daripada pelbagai agensi, asalkan anda berusaha bersungguh-sungguh dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, dengar citer pasang tile rumah boleh untung sampai 1-4 k bergantung pada hasil dan time taken)
10. kerja dengan agensi safeguard/security/especially bagi security utk universiti, ayah saya pengawai keselamatan universiti malaya, gaji bulanan mampu memcecah 1.5k berkar OT dan elaun kedatangan yang baik, dan lebih 2K semasa menjadi ketua pengawal keselamatan siap boleh buat loan 100K utk buat rumah kat kG. dan still dapat buat part time bawak teksi average 30-100 per day income(belum tolak bayar teksi dan duit gas, but still banyak for self consumption)

So. kerjalah dengan bersungguh2 dalam apa jua bidang yang anda ceburi, dan tunjukkan peningkatan prestasi dalam melakukan pekerjaan, jangan curi tulang dan asyik ponteng kerja, cuz perbuatan sebegini selalunya memakan diri. rezeki yang berkat adalah rezeki yang berasal dari usaha sendiri, dan halal dari segi barangnya dan perbuatannya.

PS: aku x tau la kalau anak muda sekarang ni still nak komplen xde keje, sedangkan aku baru senaraikan 10 kerja yang aku tau, yang aku x tau, entah2 banyak lagi. yang ni pun kerja yang sangat senang cuz bagi yang x sambung belajar, anda xde pressure nak buat assignment yang bertimbun.. so boleh lah buat 2 kerja dalam satu masa, the best, satu kerja tetap dan satu kerja yang anda boleh buat dalam leissure time.. a.k.a bila mampu..

x susah kalau nk susah, x senang kalau nk senang, tapi susah kalau dah susah, dan senang kalau dah senang..

No comments:

Post a Comment