Sunday, 25 May 2014

Bidaah. kontroversi dan implikasi

kesilapan sesuatu berlaku akibat menggunakan perasaan sebagai wacana dalam menghukum sesuatu perkara.. sesuatu perkara yang syubhah(tidak yakin akan dalilnya) seharusnya diperbincangkan dari sudut hukmah dan keperluan.. kerana dalam membincangkan perkara seperti ini, perlu kajian dan perbandingan untuk pelbagai perkara, situasi, environment dan juga keperluan semasa. selagi tidak bercanggah dengan hukum syara' sesuatu perkara adalah harus hukumnya. tetapi jika telah difatwakan hara bagi jumhur ulama, yakni mendapat persetujuaan seluruh ulama, maka hukum haram boleh dijatuhkan selagi tidak menentang syara' dan sesuai bagi situasi masa kini.. dalam perkara bidaah, terbahagi kepada bidaah hasanah dan sayyiah, hukum bidaah harus bagi hasanah dan makruh jika berlebihan, dan sayyiah pula haram kerana lari dari syariat.

bidaah selalunya diperbesarkan kerana selalu terjadi apabila sesuatu kaum mengutamakan bidaah daripada ibadah asal dan menjatuhkan hukum bidaah kepada sunnah, sedangkan bidaah tidak diamalkan oleh Nabi Muhammad dan para sahabat. selalunya terjadi bidaah kerana ikutan daripada ulama2 yang mereka hormati dan mereka melakukan bidaah ini mendahului perkara yang utama dalam syara. bidaah dapat dikenalpasti dengan cara kelakukannya dan selalunya bersifat agresif dan pasif, yang mana selalunya dilakukan secara berlebih-lebihan. antara implikasi bidaah adalah dapat memecahbelahkan ummah kerana mewujudkan perbezaan fahaman yang nyata(tidak seperti perbezaan mazhab yang mana hanya menyentuh pada perkara yang kecil dan mengikut keadaan geografi setempat), dan selalunya diagung-agungkan sedangkan mereka mengambil kesempatan atas perkara bidaah ini untuk kepentingan sendiri

perkara bidaah ini adalah salah di sisi kebanyakan ulama dan hanya segelintir yang mengatakan harus hanya pada bidaah yang membawa kebaikan sahaja. dan bidaah ini seharusnya tidak boleh mendahului ibadah yang wajib dan sunnah kerana dikhuatiri akan merosakkan pemikiran mereka yang kurang arif dalam hal ini, dan menyebabkan perpecahan dalam hal ibadah yang sepatutnya tiada konflik. oleh itu, perkara bidaah seharusnya dipandang dari sudut keperluan dan implikasi kepada generasi akan datang, jika bidaah itu tidak memberi kebaikan, maka wajib dijauhi dan dihapuskan.

-detective nie-

Sunday, 11 May 2014

MAHUKAN PENDAPATAN ATAS 1.5k SEBULAN?.. INI BUKAN SKIM CEPAT KAYA, TAPI TIPS2 YANG SANGAT BERGUNA

mai sini aq senaraikan kerja2 yang boleh memberi gaji bulanan mencecah 1.5K sebulan
1. rider utk fast food(makan free+elaun extra+duit tips customer+duit minyak dan lain2 lagi)
2.berniaga di tepi jalan,(jual nasi lemak/buah2/air/dll-sangat kurang anak muda nak try cara ni pasal malu)
3.berniaga dipasar malam, asalkan ader kereta dah cukup sbgi transport(makanan adalah cara yang paling cepat, jual stokin sebagai starter adalah cara paling selamat and still dapat dijadikan sebagai part time work)
4.bercucuk tanam kecil2lan, cuz harga barang makanan sangatlah tinggi, so untung pasti banyak..and still boleh dijadikan pendapatan sambilan cuz boleh dibuat pada masa lapang(ditujukan pada budak kampung yang x tau nk buat aper2)
5.memancing, walaupun sukar, tapi dengan teknologi masa kini sbagai sumber ilmu, x ssh nak jadikan memancing sebagai pendapatan, harga ikan sangat tinggi dan anda x perlu modal banyak setiap kali mancing(still boleh djadikan pendapatan sampingan)
6.blogger/ online bisnes/website maker/dll yang menggunakan internet sebagai sumber pemasaran,(modal sangat kecil tapi peluang untuk berjaya sangat tinggi jika rajin belajar dan kreatif.
7.buat street show di kawasan yang padat,(band, personal,menyamar jadi patung,badut, dan jual hasil kreatif sprti yang ada di pasar seni dan bukit bintang, sgt bagus sebagai pendapatan sambilan dan mencari peluang yang ada)
8. belajar untuk membaiki barangan elektrik dan elektronik, cuz x ramai anak melayu bukak bisnes ni, lagi2 pasaran barangan elektronik banyak dimonopoli oleh golongan cina, india dan pakistan.
9. belajar ilmu pertukangan, cuz sekarang kalau nak buat rumah boleh untuk lebih 1/4 daripada harga pembuatan rumah tersebut, and still x payah keluar modal banyak jika anda ada alatan yang diperlukan(orang melayu senang nak buat bantuan untuk barang2 perkakas daripada pelbagai agensi, asalkan anda berusaha bersungguh-sungguh dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, dengar citer pasang tile rumah boleh untung sampai 1-4 k bergantung pada hasil dan time taken)
10. kerja dengan agensi safeguard/security/especially bagi security utk universiti, ayah saya pengawai keselamatan universiti malaya, gaji bulanan mampu memcecah 1.5k berkar OT dan elaun kedatangan yang baik, dan lebih 2K semasa menjadi ketua pengawal keselamatan siap boleh buat loan 100K utk buat rumah kat kG. dan still dapat buat part time bawak teksi average 30-100 per day income(belum tolak bayar teksi dan duit gas, but still banyak for self consumption)

So. kerjalah dengan bersungguh2 dalam apa jua bidang yang anda ceburi, dan tunjukkan peningkatan prestasi dalam melakukan pekerjaan, jangan curi tulang dan asyik ponteng kerja, cuz perbuatan sebegini selalunya memakan diri. rezeki yang berkat adalah rezeki yang berasal dari usaha sendiri, dan halal dari segi barangnya dan perbuatannya.

PS: aku x tau la kalau anak muda sekarang ni still nak komplen xde keje, sedangkan aku baru senaraikan 10 kerja yang aku tau, yang aku x tau, entah2 banyak lagi. yang ni pun kerja yang sangat senang cuz bagi yang x sambung belajar, anda xde pressure nak buat assignment yang bertimbun.. so boleh lah buat 2 kerja dalam satu masa, the best, satu kerja tetap dan satu kerja yang anda boleh buat dalam leissure time.. a.k.a bila mampu..

x susah kalau nk susah, x senang kalau nk senang, tapi susah kalau dah susah, dan senang kalau dah senang..

Friday, 18 April 2014

NOTA PASAL ANTI HADIS

hurmmm..

ader beberapa percanggahan yang ada dalam beberapa komen di atas..

menurut pandangan hamba yang biasa ini:

1. dalam Khutbah yang terakhir, telah nabi nyatakan untuk merujuk Alquran dan sunnahnya( hadis yang benar dari nabi, yakni yang sahih). so perlu rujuk kedua Alquran dan Hadis...

2. Alquran banyak membincangkan hukum, so daripada Alquran kita boleh tahu sesuatu hukum, dan Hadis digunakan untuk mentafsir Alquran .. kerana Alquran x boleh ditafsir melalui akal semata.. jadi Alquran boleh dikatakan sebagai rujukan utama dan Hadis sebagai rujukan kedua..

3. Alquran hanya menyatakan sesuatu secara terang atau secara tidak langsung, tapi Hadis merupakan satu rujukan yang hadir daripada Nabi Muhammad yang mana Allah memberikan ilham tersebut kepada Nabi melalui pelbagai medium. oleh itu, boleh dikatakan Alquran dan Hadis adalah Dari Allah. dan Hadis boleh dikatakan interpretasi Nabi muhammmad ntuk Alquran dan situasi2 yang berlaku ketika itu dan ilhamnya daripada Allah swt.

4. Jika Hadis tidak boleh dipakai kerana ia berasal daripada Nafsu Nabi Muhammad, maka Alquran jika tidak boleh dipakai kerana Sahabat tidak nampak bagaimana Nabi menerima Alquran.. tetapi Nabi muhammad telah meletakkan garis panduan Alquran sendiri untuk membezakan dengan Hadis dan ti lakukan oleh sahabat untuk pembukuan Alquran supaya jelas perbezaan ALquran dan Hadis. Hadis pula adalah ucapan perbuatan Nabi Muhammad yang disaksikan oleh Sahabat bagi situasi yang berlaku.  jadi, Alquran dan Hadis sama2 benar

5. Ulama-ulama terdahulu berusaha untuk mengasingkan hadis mengikut kategori supaya dapat dipastikan nasab hadis dan dapat dipastikan kesahihan sesuatu Hadis.. malahan, kebanyakan ulama mendapat hadis directly daripada sahabat yang diyakini kesahihannya.. penelitian yang detail dan tegas telah dilakukan untuk memastikan hadis tersebut sahih. walaupun terdapat hadis yang daif dan tidak pasti nasabnya, ia boleh dijadikan rujukan selagi mana bukan sebagai amalan yang wajib yang melampaui hukum dalam Alquran dan tidak melampaui syarak yang ditetapkan.. jika bercanggahan, maka haram diikuti dan boleh dijatuhkan hukum kafir dan musyrik.

6. setiap orang mempunyai interpritasi yang berbeza dengan Alquran dan Hadis, maka di situ sepatutnya wujud majlis syura atau pun boleh dikatakan majlis yang menghimpunkan ulama2 yang alim untuk perdebatan, bagi menyeragamkan sesuatu pentafsiran bagi sesebuah hadis atau potongan ayat Alquran. agar seragam dengan situasi masa kini(contohnya:cara berhadas, tayammum). jika masih tidak mencapai persetujuan, selalunya sesuatu perkara menjadi syubhah atau sah bergantung pada mazhab, kerana perbezaan mazhab adalah bergantung kepada kedudukan geografi dan keperluan setempat.


Sekian ulasan daripada saya, harap maaf jika tidak terang dan tidak sehaluan dengan pemikiran saudara, kerana saya berbicara atas pemikiran logik seorang manusia biasa tetapi berfikir dari sudut yang positif, bukannnya menurut nafsu semata.. semoga kesilapan ditegur dengan cara yang baik. jika maki hamun, maka terbuktilah kebenaranku, kerana Nabi Muhammad dimaki hamun kerana mennyampaikan kebenaran.

ps:. setuju dengan hamka, sesuatu perkara perlulah dikaji bukan dikeji

Thursday, 30 January 2014

lorong lorong yang kesilapan

hidup ini penuh dengan kepelbagaian, komplikasi dan implikasi sering menjadikan hidup kita tidak pernah leka dengan kebosanan. dan jika timbulnya kebosanan, maka dia hanya berada di tempat yang sama dan kedudukan yang sama, yakni tiada berbeda dari dahulunya hingga kini, maka mencari sesuatu yang baharu tetapi tiada petunjuk, lalu dilemparkan dirinya ke jalan yang tidak ketahui hujung pangkal, selalunya tersesat dan tersalah pilih lorong ketika mencari destinasi. lantas, akhirnya terjerat dengan kejahilan sendiri. seharusnya diperkukuhi hati dan nalurinya, dalam mencari pentunjuk dan arah, agar tidak terpesong olehnya dari durjana durjana yang malang lagi merbahaya. lalu terselamatlah dia dari bahana, dan tercapailah olehnya kejayaan yang tidak disangkanya. maka jika terpesong hatinya dek keindahan yang palsu, maka terjatuhlah dia ke lembah hina, tiada jalan melainkan melangkah ke belakang, mencari kembali persimpang yang silap itu, yang mana amatlah sukar dicari, kerana sesungguhnya kita suka mencari kesilapan diri, dan jika ketemuan, amatlah sukar untuk memilih lorong yang benar, kerana tali tali kesilapan kuat mengikat diri, menjadi beban yang teramatlah berat sehingga menyukarkannya melalui lorong yang asalnya lapang, menjadi sempit kerana dipenuhi masalah masalah yang lama. sekiranya beruntungan, maka dapatlah dia melepaskan tali itu satu persatu, jika tidak, maka kekallah bebannya ditanggungnya hingga ke destinasi terakhirnya

-detective nie-

pepatah pujangga si detektif

"maka, di sini aku melihat si pengecut dan si pengkeji, mengata tanpa bicara dan berani berkata tanpa berani menonjol diri.. bila berbicara bagaikan pedang yang bermata tumpul, nak menebas org tapi takut mata pedang terkena diri sendiri, maka ditumpulkan pedangnya. berbicara tanpa unsur fakta dan mengeluarkan ayat ayat berbaur fitnah lagi kesat. sedangkan dia tidak menyedari keenakkan daging saudaranya diratahi. maka kau berfikirlah dari sudut kecil hatimu, adakah anda selayaknya berbicara tentang keburukan org, sedangkan minyak panas mu sendiri tumpah tika berdiskusi, akhirnya sendiri terkena tempias. janganlah berbicara jika  diri hanya melepaskan nafsu semata, sedangkan diam itu adalah lebih indah."

-detective nie-

Saturday, 21 December 2013

1st chapter

First Operation. Funding..
Cara cara untuk mendapatkan dana bagi operasi ini.
Abstract
Dana diperlukan untuk mendapatkan bantuan secara kewangan bagi memastikan operasi ini berjaya dengan lancar. hal ini kerana Dana yang mantap mampu memastikan segala keperluan dapat dipenuhi serta memberi keyakinan untuk orang mempercayai aku. Dana mestilah berskala besar dan berterusan, oleh itu perlu terdapat penyumbang dana atau  pencetus dana yang dinamik serta produktif. hal ini kerana pengaruh amat dipengaruhi oleh dana, dan tahap kepercayaan orang hanya akan bertambah jika kita mempunyai dana yang kukuh.
Modus Operandi
memerlukan punca kewangan bersendiri. bermula dengan kedai kecil sama ada kedai makan ataupun kedai runcit. kerana kadar kenaikan dan keberkesanan dua jenis kedai ini adalah tinggi. target adalah 24 hours operational shop. currently, 24 hours operational shop is very demanding due to high composition of people around Malaysia. especially big city. kos permulaan bagi kedai runcit ini adalah sekitar RM3000-10000, bergantung pada lokasi dan saiz kedai. antara yang sesuai adalah di hadapan rumah sendiri. bermula dengan kedai kecil. dan berusaha untuk gandakan keuntungan dalam tempoh 1 tahun. dijangka dapat bermodalkan kira-kira RM30 000 pada tahun kedua atau tahun ketiga. target cawangan kedua pada tahun yang sama dengan modal yang sedikit besar = RM15000. dan berusaha untuk mendapatkan semula jumlah tersebut bagi kedua-dua kedai dalam tempoh setahun bagi membuka sebuah lagi kedai. target untuk memiliki 5 kedai dalam tempoh 5 tahun sebelum renovasi bagi naiktaraf tahap mini market, dan target 10 kedai dalam tempoh 4 tahun berikutnya.  pada tahun ke sepuluh, dianggarkan kebarangkalian untuk membina mini cafe dan surau yg boleh memuatkan 10 orang  di semua cawangan. tambahan, promosi sebagai mini market pertama yang sediakan perkhidmatan runcit, minicafe dan R&R(solat dan tandas) yang mana sesuai bagi menarik minat orang islam untuk berkunjung ke mini market ini.

apabila sudah mencapai tahap 20 cawangan, perkhidmatan online delivery bagi pembelian RM50 dengan pembayaran secara kredit card dan dihantar dalam tempoh penghantaran 1 jam akan dilaksanakan. dijangka 2 kereta diperlukan bagi setiap cawangan dan kereta kancil adalah pilihan yang terbaik buat masa kini. perkhidmatan ini akan dijalankan secara berperingkat dalam tempoh 2 tahun sehingga semua kedai memiliki 2 delivery car atau lebih berdasarkan keperluan kawasan. dijangka dalam tempoh 20 tahun akan ada 50 cawangan minimarket ini di seluruh malaysia. dan dijangka akan membuka cawangan di luar negara pada tahun ke 16 - 17 bergantung pada situasi. dan sasaran utama adalah thailand, indonesia, vietnam dan filipina. pada ketika ini, produk kendiri turut dipromosikan yang mana mengutamakan pihak pengusaha tempatan dalam penyediaan produk ini. pada tahun ke 20 juga dijangka mampu berdiri sama taraf dengan 7-eleven. mana2 gas station my mydin serta 99 mart. pada tahun ke 25, dijangka memiliki 100 cawangan di seluruh dunia dan baranga diexport dari malaysia. pembukaan kilang besar di indonesia dan vietnam dijangka akan dilakukan bagi membuat produk sendiri akan dilaksanakan pada tahun ke 27 bergantung pada situasi. pada tahun ke 30, dijangka asset akan bernilai billion di mana 150 cawangan dijangka akan berada di serata dunia terutama negara2 bukan islam yang banyak pengunjung islam seperti china, korea, japan, thailand, australia, amerika dan amerika latin, serta eropah. dan pada tahun ke 40, dijangka 250 cawangan akan berada di seluruh dunia dan asset dijangka akan berlipat ganda dan lebih banyak kilang akan dibina bagi menampung keperluan produk bagi seluruh cawangan.

Nota untuk diri sendiri

sekian lama aku berfikir, mungkin sekarang adalah masa yang sesuai untuk aku perkatakan...
mungkin jika aku terlewat, takut tiada yang akan berusaha untuk melunaskan hasrat hati aku ini..
Nota ini adalah  nota untuk aku, supaya aku tetap ingat akan diriku, agar aku bersedia untuk melunaskannya.. di saat aku mampu, dan jika aku tidak mampu, maka sekurang kurangnya ada orang lain yg membacanya mampu untuk melakukannya.. kerana perkara ini amat amat sulit dan sukar, serta perlu pengorbanan yang besar, lebih besar daripada perkara yang biasa manusia lakukan saban hari, dan mampu mengubah kehidupan sesiapa yang berjaya mengamalkannya..Operasi ini dinamakan Silencer Operation.
kenapa Silencer? kerana operasi ini dilakukan dalam senyap, berpanduan ketat, dan berahsia. Malahan, mampu menyenyapkan sesiapa yang membacanya. Operasi ini terkandung beberapa Sub-operation dan beberapa counter mekanisma. serta terdapat beberapa peraturan ketat yang perlu di ikut dan perlu perhatikan dengan serius kerana operasi ini mampu musnah sekiranya peraturan ini tidak diikuti.. langkah-langkah operasi ini juga berjalan dalam tempoh yang panjang serta memakan masa bertahun selagi misi utama tidak tercapai, malahan memerlukan kos tinggi bagi menampung segala keperluan bagi operasi-operasi yang ada. Jadi, bagi diriku pada masa hadapan dan mereka yang sanggup menjalankan operasi ini. Berhati-hati dalam perkara ini, kerana musuh sentiasa memerhati. operasi ini juga dijalankan secara berperingkat kerana memerlukan pengaruh yang kuat serta dana yang tinggi secara berterusan bagi memastikan operasi ini berjalan dengan lancar. Di dalam nota ini akan diselitkan perkataan bahasa inggeris bagi memudahkan pemahaman dan bagi memudahkan penyampaian maklumat.